Back to main site

INFO DATO SRI' SITI NURHALIZA ON TOUR (SINGAPORE)

ACARA : DATO SRI' SITI NURHALIZA ON TOUR
HARI/TARIKH : SABTU / 02 MARCH 2019
MASA : 8.30 MALAM
BERTEMPAT : SINGAPORE EXPO, HALL 3

DARI KHYREE & SITIZONERS SINGAPURA

Posting ini bertujuan bagi membantu rakan SZ yang bakal ke acara Dato Sri' Siti Nurhaliza on Tour Singapura. Konsert yang dinanti-nantikan oleh semua Sitizoners dan penggemar Muzik Siti Nurhaliza. Salah satu tempat lokasi jelajah diantara tiga buah negara adalah di Singapore Expo, Singapura.

Pusat Konvesyen dan Pameran Singapore Expo mempunyai 10 buah dewan serbaguna seluas 100,000 meter persegi. Ia terletak berhampiran dengan estet perumahan 'Bedok', 'Tampines' & 'Simei', Ia juga berhampiran dengan kawasan pendinudstrian 'Changi Business Park', bersebelahannya, terletaknya Institusi Pendidikan Teknikal (ITE College East) dan Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura (SUTD). Jarak antara Singapore Expo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah 7km.

Stesen MRT yang berdekatan adalah stesen Expo (Downtown Line)(East West Line)

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM 

Bagi anda yang akan ke Singapore Expo menggunakan pengangkutan awam,
sila rujuk pada panduan di bawah :

A. BAS AWAM 

Terdapat beberapa perkhidmatan bas yang tersedia untuk ke Singapore Expo.

1) Bas nombor 121, 242 dan 383 berhenti di Expo Hall 1/2/3 (hentian bas nombor 96029)
2) Bas nombor 474 dan 1185 berhenti di belakang Singapore Expo (hentian bas nombor 96229)

Dari Pusat tukaran bas Pasir Ris (12)1
Dari Lapangan Terbang Changi (24)2
Dari pusat tukaran Bas Tampines (38)3
Dari stesen Tanah Merah MRT Exit B (47)4
Dari stesen Punggol MRT (118)5


B. Keretapi MRT - Stesen EXPO (Downtown Line)(East-West Line)

1) Dari arah Bandar; Kallang, Lavender, Bugis atau City Hall (masa perjalanan 35mins) :
Naik MRT ke-arah stesen Pasir Ris (East-West Line),
turun di stesen Tanah Merah, Tukar MRT ke laluan cabang (Changi Aiport)
Turun di stesen Expo, gunakan Exit A untuk ke Hall 3. 

2) Dari Lapangan Terbangi Changi (masa perjalanan 20mins) :
Naik MRT ke-arah stesen Tanah Merah (East-West Line)
Turun di stesen Expo, gunakan Exit A untuk ke Hall 3. 

3) Dari Woodlands CIQ (masa perjalanan 1hr 20mins) : 
Naik Bas No.170 (menghala ke Queen St) atau No.178 (menghala ke Boon Lay Int),
Kemudian turun di stesen MRT Kranji (North-South Line),
Naik MRT ke-arah stesen pertukaran Marina Bay/Marina South Pier.
Setibanya di stesen Bishan, tukar MRT ke laluan (Circle Line) ke-arah stesen Dhoby Ghaut/Marina Bay, 
Turun di stesen MacPherson, Tukar ke laluan 
(Downtown Line) ke-arah stesen Expo,
Turun di stesen Expo, gunakan Exit A untuk ke Hall 3. 

Tambang MRT diantara $1.30 - $2.20 | Rujukan : Peta MRT Singapura


C. Teksi/Grab 

Perkhidmatan Teksi (meter) atau Grab (app) adalah sah disisi undang undang Singapura.

1) Perkhidmatan Teksi
Woodlands Checkpoint > Singapore Expo - sekitar $20 - $30 (flat fare $25)**
Changi Airport > Singapore Expo - sekitar $12 - $15 (flat fare $13)**
Kawasan Lavender/Bugis > Singapore Expo - sekitar $15 - $19 (flat fare $16.50)**

**Harga tambang mungkin berbeza.

2) Perkhidmatan 'Just Grab'
Woodlands Checkpoint > Singapore Expo - sekitar $25
Changi Airport > Singapore Expo - sekitar $10
Kawasan Lavender/Bugis > Singapore Expo - sekitar $15

**Grab mempunyai sistem menempah 6 seaters jika anda mempunyai lebih 4 orang**

*Tambang Grab : Boleh melebihi $30 (Waktu Puncak/High Demand/Tol ERP)
*Tambang Teksi : Boleh mencecah antara $20 - $30 (Waktu Puncak/Surcharge/Tol ERP)


D. Kereta Peribadi 

Jika anda ingin memandu ke Singapore, sila gunakan aplikasi WAZE,
Search [SINGAPORE EXPO]. Ikut arahan laluan yang disediakan.

1) Caj Parking di Singapore Expo

Isnin - Ahad (Kenderaan ringan & Kereta)
$3.20 - Dua Jam pertama.
$1.50 - selepas 30 minit.
$20 - Caj harian maksimum.

Selain dari Singapore Expo, anda juga boleh letak kereta anda di : Changi City Point

2) Caj Parking di Changi City Point

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (7.01 pagi - 5.00 ptg)
$2.50 - Dua Jam pertama.
$1.20 - selepas 30 minit.

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (5.01 ptg - 7.00 pagi)
$2.50 - Setiap kemasukkan sekali

KAD AUTOPASS : Jika anda ingin masuk ke Singapura, anda memerlukan kad autopass (Kad autopass ialah permit masuk kenderaan untuk kenderaan yang berdaftar asing.) 

Sila bawa Sijil Insuran dan Cakera Cukai Jalan Kenderaan yang sah untuk membeli kad autopass ($10 & $20) (sah untuk 5 tahun) di pejabat VEP/TOLL. (Rujukan : KAD Autopass)

KEMUDAHAN DI SINGAPORE EXPO

Oleh kerana Singapore Expo ini terletak bersebelahan dengan kemudahan MRT dan pusat membeli-belah, untuk mencari makan dan minuman adalah mudah. Dibawah ini adalah tempat makanan (halal) di Singapore EXPO & Changi City Point
 

Singapore Expo Changi City Point
1  Burger King  Dough Culture
2  Indian Curry House  Jollibee
3  Subway  Kopitiam
4  Texas Chicken  McDonald's
5  The Coffee Bean & Tea Leaf  Old Chang Kee
6  WangZai HongKong Cafe  Pondok Kartika
7  7-Eleven  Putri Nur Nasi Padang
8  Seoul Garden Hotpot
9  Stuff'd
10  Subway
11  Texas Chicken
12  The Coffee Bean & Tea Leaf
13    The Manhattan FISH MARKET


Ada ruangan untuk Solat di MUSHOLLA Singapore Expo. Ia terletak di tingkat 2 di Hall 6.
Tandas & Tempat mengambil wudhu juga disediakan. 

MEETING POINT 
Buat mereka yang telah menempah tiket Dato Sri Siti Nurhaliza on Tour menerusi Khyree, tiket akan diberi sebelum masuk ke Hall 3. (Nama ahli Sitizoner Singapura telah ditandakan di tiket, mengikut aturan siapa bayar awal)

MASA untuk berkumpul di Singapore EXPO akan diberitahu kelak.

Butiran lanjut akan diberitahu melalui Whatsapp.

Sekiranya anda ingin turut serta dalam acara ini tetapi telahpun membeli tiket berasingan, anda juga boleh DM Khyree di Facebook atau Instagram @KhyreeQ untuk berkumpul bersama Sitizoners.

Siti.FM | Copyright ©2009 - 2019